Sunday, December 19, 2010

MAKLUMAN TERKINI XPERT 2010

Assalamua'laikum wrmwbt..

Salam persediaan untuk peserta XPERT 2010 kali ini. Selepas selesai tempoh menunggu pendaftaran, insyaAllah peserta yang bakal ke XPERT 2010 di Melaka ialah :

1. Abdullah Azzam b Jailani
2. Hanifah bt Jailani
3. Husna bt Mohd Salleh
4. Aisyah Hilmiyah bt Ahmad Jamali
5. Nur Sakinah bt Roslan
6. Ibrahim Afif b Khairulannuar
7. Izad Ikram b Aris Fadzallah
8. Muhd Nasrullah b Mohd Rujhan
9. Aiman Akmal Lubis b Mohd Shaffie

Tahniah!
--------------------------------------------------

Keperluan Peserta

Berikut adalah keperluan bagi setiap peserta :
1) Pakaian bersih utk program 4 hari 3 malam
2) Al-Quran terjemahan
3) Al-Mathurat
4) Buku Tulis dan alat tulis
5) Satu botol air
6) Ubat ubatan peribadi

--------------------------------------------------

Maklumat Pengangkutan

Pengangkutan peserta XREX dari Hulu Langat & Kajang telah diuruskan oleh pihak jk kami.Peserta akan diiringi oleh Ukht Asma Azia (kak alia) 0133137685. Berikut adalan laluan perjalanan anda ke Melaka:

1- Komuter dari stesen KTM UKM ke KTM Seremban ~
Sila berkumpul di komuter UKM pada 6.15 pagi, sebaiknya sebelum 6.30 pagi (husna salleh akan pergi sendiri, tapi balik bersama dengan kontijen, sakinah khalidah dari serdang juga akan turut serta). Pastikan peserta dah sarapan.


2 - KTM Seremban ke Terminal bas (Terminal One Seremban) ~
Jalan kaki mengambil masa 5-10 minit. (target tiba di terminal one seremban selewat-lewatnya jam 7.30 pagi. Perjalanan Seremban ke Melaka mengambil masa 1 jam 30 minit). Pendaftaran XPERT jam 8-9 pagi


3 - Bas dari Seremban ke Melaka Sentral ~
Dapatkan tiket bas Transnasional ke Melaka Sentral jam 7.30 pagi (tiket ada pada setiap jam, paling awal 7.30 pagi)


4 - Pendaftaran program adalah di Pusat Tuisyen PSI (di belakang bangunan Melaka Sentral)


**Perjalanan pulang juga akan melalui metod yang sama.

------------------------------------------------------------------------

Pembayaran yuran RM 100 boleh di "bank in" kepada akaun CIMB Hafizah Jamaludin (sila maklumkan jika bank in) atau secara tunai (seboleh-bolehnya sebelum 22 Disember 2010)

Semoga anda membuat persiapan terbaik untuk XPERT 2010.. Semoga Allah permudahkan dan melancarkan urusan kita sehingga XPERT 2010 ini berakhir. Semoga anda sentiasa maintain dalam program ini dan yang mendatang..

Sebarang masalah atau persoalan, boleh hubungi Ukht Hafizah Jamaludin 0172357734.

Harap maklum

Friday, December 17, 2010

Makluman program MH-i 10----2 hari lagi---


2 HARI SEBELUM PENDAFTARAN DITUTUP, 12 TEMPAT SAHAJA LAGI!!!


maklumat lanjut mengenai program...sila rujuk makluman program mh-i 10

sunathon amal 2010

gambar-gambar semasa program sunathon amal 2010 yg bertempat di masjid hasanah bangi.
program ini adalah kerjasama antara IKRAM Hulu Langat, HPAN, masjid Hasanah dan Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi
Pihak Genpearl telah mengadakan pertandingan mewarna dan kuiz utk kanak-kanak dan remaja yang hadir..












program let us be muslim

Pada 11/12/2010 yg lalu , bertempat di Tadika Khalifah Bestari, telah berlangsungnya program "Let Us be Muslim 1"...


antara peserta-peserta perempuan

Align Centerpeserta-peserta lelaki tengah berdiskusi mengenai cara-cara menjadi muslim yg sebenar

drama sebabak dari para fasilitator

sementara menunggu abang-abang dan kakak-kakak berprogram..kami main dulu...


Semoga para peserta mendapat manfaat dari program ini...kita jumpa lagi dimasa dan tempat yang lain pula...dgn aktiviti yg lebih menarik insyaAllah...

Saturday, December 11, 2010

Makluman program MH-i 10 (program utk lepasan SPM


~ TERBUKA KEPADA PARA PELAJAR LEPASAN SPM '10 DI SELURUH MALAYSIA ~
..JUGA TIDAK TERKECUALI PELAJAR LEPASAN STPM & STAM '10..


Tarikh
25 Dis 2010 – 22 Jan 2011(29 hari)
Tempat
KEM ULU TAMU & KEM LEMBAH GENTING,
BATANG KALI, SELANGOR


Anjuran Bersama
Pemuda IKRAM Selangor
Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia(JIM IPT Pusat)
Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia(KARISMA Nasional)


Yuran
RM400 sahaja untuk 29hari!(tidak termasuk yuran Road to Nusantara)


Objektif
1. Melahirkan muslim yang mempunyai 10 muwasofat tarbiyah (sifat-sifat tarbiyah) terutamanya dalam aspek aqidah, ibadah dan akhlak.
2. Memberi penjelasan dan bantuan kepada para peserta untuk memahami matlamat kehidupan sebenar sebagai hamba dan khalifah ALLAH.
3. Mendedahkan para peserta dengan kemahiran ‘self development’ dan ‘life skills’.
4. Melahirkan kepimpinan pelajar IPT seterusnya kepada agama dan negara yang bertaqwa, berkemahiran tinggi, dinamik dan berketerampilan.
5. Merealisasikan perkongsian ilmu serta pengalaman sesama tokoh masyarakat, pakar motivasi, ahli profesional, asatizah dan fasilitator dengan para peserta.
6. Menjalin dan memperkukuhkan ukuwwahfillah sesama para peserta dan komiti.
7. Memberi pendedahan kepada halatuju bidang pekerjaan yang bersesuaian dengan para peserta.

Apa Menarik di MHI '10??!
1. Melebihi 20 topik pengisian kefahaman Islam!
2. Sebanyak 14 topik pengisian pembangunan kemahiran diri (skills development) & organisasi!
3. Sebanyak 12 aktiviti luar & lasak!
4. Sebanyak 3 slot untuk English Language class (seminggu sekali)!
5. Pendedahan course & carier untuk kebaikan masa depan para pelajar!
6. Pendedahan memasak kepada semua peserta setiap hari!
7. Nikmat keindahan taqwa & ukhuwwahfillah yang tidak ternilai!
8. Para peserta berpeluang untuk menyertai Road To Nusantara (optional dgn tambahan yuran)!

Jangan lepaskan peluang,
peserta adalah untuk 100 orang sahaja!!


Berminat? Sila hubungi untuk sebarang pertanyaan:
KHAIRUL - 013 3554342
IBRAHIM - 013 2371495
SHAHRUL AMAN - 019 2406350
WAN FAUZIAH - 019 3374400

Atau emailkan borang yang dilampirkan berikut ke:madrasatulhayahikram@gmail.com

SEBELUM 18 Disember!

untuk peserta dari hulu langat---sila isi borang penyertaan dan email kepada madrasatulhayahikram@gmail.com serta cc kan email tersebut kepada ukht nadhirah azizi (nadhirah.azizi@gmail.com) untuk rekod JK gen pearl IKRAM hulu langat.

--

"The Best Motivator Is ALLAH, None Except HIM"

Thursday, December 9, 2010

surat untuk peserta XPERT 2010

SURAT MAKLUMAN UNTUK PESERTA XPERT 2010


Jawatankuasa Remaja (Gen Pearl)
Pertubuhan IKRAM
Daerah Hulu Langat & Kajang.


Ibu bapa/ Penjaga

Peserta XPERT 2010

Daerah Hulu Langat & Kajang

9 Disember 2010


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Tuan/ Puan,

PROGRAM XPERT 2010


Tahniah dan penghargaan diucapkan kepada tuan/ puan kerana anak tuan/ puan terpilih untuk menyertai kontijen daerah Hulu Langat dan Kajang dalam program kepimpinan remaja nasional; XPERT 2010.

Program ini adalah program ketiga daripada enam siri latihan projek PRODUCE (Projek Dua Tahun Remaja Cemerlang) yang telah disertai oleh anak tuan/ puan mulai November 2009 melalui program XREK 2009 dan LEADERS 2010.

Berikut adalah butir-butir penting berkaitan program XPERT 2010:

Tarikh : 23 hingga 26 Disember 2010 (Khamis hingga Ahad)

Tempat : Negeri Melaka

Yuran Peserta : RM 100 sahaja

Peserta : Peserta PRODUCE Gen 5

Sila sahkan kehadiran anak tuan/ puan kepada Ukht Hafizah Jamaludin 017 235 7734 selewat-lewatnya 13 Disember 2010. Maklumat mengenai senarai keperluan penting, pembayaran yuran, pengangkutan serta aturcara program akan diberikan setelah tarikh tutup pendaftaran pada 13 Disember 2010.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada penyelaras kontijen Daerah Hulu Langat & Kajang; Hafizah Jamaludin 017 235 7734 atau Ahmad Fadhli Mohd Faudzi 019 264 8637. Segala kerjasama daripada pihak tuan/puan kami dahului dengan ucapan Jazaakumullahu khairan katheera.


HAFIZAH JAMALUDIN

Penyelaras Kontijen Daerah Hulu Langat

XPERT 2010

hebahan ke-2: : EXPERT 2010

KHAS UNTUK PESERTA PRODUCE GEN 5
yang telah berjaya menjalani latihan kecergasan di XREK 2009, kemudian menjalani latihan kepimpinan di LEADERS 2010, maka seterusnya mereka akan menempuh cabaran yang lebih dasyat dan mendebarkan iaitu...

XPERT 2010

tarikh: 23-26/12/2010
hari: khamis hingga ahad
lokasi: seluruh negeri melaka
yuran: RM100 sahaja

tarikh tutup pedaftaran: 15 disember 2010

ayuh kepada adik2 PRODUCE GEN 5 hulu langat dan kajang, jom daftar segera kepada kak hafizah 0172357734
jumpa di melaka!!!

-----------------------------

let us be muslim 1

istimewa untuk para remaja,

Ingin ketahui bagaimana menjadi seorang muslim yg sebenar dan mendapat inspirasi utk menjadi seorang muslim yg bertakwa?
Ingin mendengar pengalaman daripada pelajar yg belajar diluar negara?

Jom sertai program "Let Us Be Muslim 1"

Tarikh : 11/12/2010
Tempat :Tadika Khalifah Bestari
Masa : 9.00pagi - 1.30petang
Yuran : RM5 (termasuk sarapan, makan tengahari, booklet dan door gift)


Sila daftar kepada saudari Noor Shamsiah - 0196866432

tarikh tutup penyertaan :09/12/2010(khamis) jam 5 ptg

Wednesday, December 1, 2010

XREK 2010











1/12/2010 (3.42pm)
sekarang ini para peserta sedang bertungkus lumus menyiapkan rakit masing-masing

sebentar lagi mereka akan berakit ke selat melaka, insyaAllah bersama mereka ada pegawai keselamatan pantai dan jurulatih terlatih.

30/11/2010 (10.22pm)



Sekarang ini sedang berlangsung Ceramah bertajuk REMAJA yang disampaikan oleh akhi Hanuar Talib ( abg Long ) dari IKRAM / JIM Melaka.

Bagi yang mengenal beliau, pasti boleh jangka apa yang sedang berlaku....

Memang sesuai dengan remaja......
Bai : beliau ni penghulu PERKASA 2009, "Cendol world atau Chenge The World "........


30/11/2010 (3.45pm)

Selepas melalui sesi ice breking pada tengah hari tadi, sekarang ini peserta akan merentas halangan ( aktiviti fizikal yang ringan ) .

InshaAllah, akan ada lagi aktivti yang lebih memerlukan kekuatan dan KEKENTALAN fizikal.....

Sunday, November 28, 2010

MAKLUMAT XREK 2010

kepada:

Ibu bapa/ Penjaga

Peserta XREK 2010

Daerah Hulu Langat & Kajang

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Tuan/ Puan,

MAKLUMAT XREK 2010

Tahniah dan penghargaan diucapkan kepada tuan/ puan kerana mendaftarkan anak tuan/ puan mewakili Daerah Hulu Langat & Kajang dalam perkhemahan nasional remaja yang dinamakan Ekspedisi Remaja Kental 2010 (XREK 2010).

Berikut adalah butir-butir yang berkaitan:

Tarikh : 30hb Nov 2010 (8.00 pagi) – 2hb Dis 2010 (3.00 petang)

Tempat : Brindley Training & Camp, Port Dickson Negeri Sembilan

Status : Program Pembangunan Nasional untuk Remaja

Yuran peserta : RM 80 (Lelaki) & RM 90 (Perempuan)

Bersama-sama ini disertakan senarai keperluan penting, maklumat mengenai pembayaran yuran, pengangkutan serta surat pernyataan komitmen untuk menyertai projek PRODUCE.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada pengurus kontinjen Daerah Hulu Langat; Ukhti Roslina Che Hat 019 637 3375 atau Ahmad Fadhli Mohd Faudzi 019 264 8637. Segala kerjasama daripada pihak tuan/ puan kami dahului dengan ucapan Jazaakumullahu khairan katheera.

ROSLINA CHE HAT

Pengurus Kontijen Daerah Hulu Langat & Kajang

XREK 2010

------------------------------------------------

Lampiran

1.0 Ahli Kontijen Daerah Hulu Langat & Kajang

· Iman bt Ridzuan

· Asma Amatullah bt Zainol Abidin

· Aiman Akmal Lubis Bin Mohd Shaffie

· Fawwaz Ahmad Lubis Bin Mohd Shaffie

· Ahmad Aiman Mohd Faudzi

· Mohd Fathi Mohd Shukri

· Farisul Hakim Fakhrul Adabi

· Muhamad Atif Mohd Nor

2.0 Pengiring

Pihak JK Gen Pearl insyaAllah akan mengusahakan 1 orang pengiring. Maklumat mengenai nama dan nombor perhubungan pengiring akan diberikan kepada para ibu bapa selewat-lewatnya sebelum kontijen bertolak pada 30/11/2010.

3.0 Pembayaran yuran

Sila buat pembayaran ke akaun CIMB Ahmad Fadhli Mohd Faudzi (1407 0525 5395 29) selewat-lewatnya 29/11/2010. Sila maklumkan kepada Ahmad Fadhli Mohd Faudzi 019 264 8637 sebaik sahaja pembayaran dibuat. Pengurus kontinjen akan membuat bayaran kepada pihak sekretariat XREK bagi pihak semua peserta dalam kontijen.

Alhamdulillah, jawatankuasa Gen Pearl telah mendapatkan sumbangan RM20 bagi setiap peserta. Maka, yuran yang perlu dibayar oleh peserta lelaki ialah RM60 dan bagi peserta perempuan ialah RM70 sahaja.

4.0 Keperluan peserta

BARANG-BARANG KEPERLUAN

TANDAKAN ( / )

- Pakaian OUTDOOR utk 3H 2M

- Kasut Sukan ( OUTDOOR ), pakai Crocs pun ok kot

- Kelengkapan diri & mandi

- Ubat-ubatan peribadi

- Topi peribadi / Baju hujan

- Peralatan menulis

- Roti sebungkus (saiz Kecil)

- 3 biji telur

- Sardin 3 tin kecil

- 4 pot beras

- Cawan / pinggan / sudu

- windbreaker/sweater

- stokin tebal

Keperluan (perlu disediakan bagi setiap negeri)

  • Peralatan memasak (seperti kuali, mastin, senduk, sudip,jag air)
  • Sahun basuh pinggan dan span
  • Minyak 500ml
  • Gula dan garam sechukhu’pnya
  • Bahan api untuk memasak (seperti solid fuel/ mancis)
  • First aid kit

5.0 Pengangkutan pergi dan pulang kontinjen Hulu Langat

  • Para peserta diminta berkumpul di stesen komuter UKM pada jam 7.30pagi Selasa 30/11/2010.
  • Pengangkutan pergi ke tempat program adalah dengan menaiki KTM komuter dari stesen UKM ke stesen Seremban.
  • Kemudian, para peserta akan menaiki bas dari Seremban ke Port Dickson dan pekan Pasir Panjang. JK Pengangkutan XREK akan menyediakan pengangkutan dari Pekan Pasir Panjang ke lokasi program (Brindley Training & Camp, Port Dickson Negeri Sembilan).
  • Pengangkutan pulang dari tempat program juga adalah sama, dan peserta dijangka tiba semula di stesen komuter UKM pada jam 6.00petang Khamis 2/12/2010.

6.0 Surat Penyertaan dan Penyataan Komitmen untuk projek PRODUCE

  • Objektif surat ini dibuat adalah mendapatkan komitmen, sokongan dan kerjasama daripada ibubapa peserta PRODUCE agar mereka dapat menghantar anak-anak mereka ke semua 6 program PRODUCE (XREK, LEADERS, XPERT, XCELL, MH-i, EMI).
  • Sokongan dan komitmen ibubapa adalah sangat penting untuk menjayakan perancangan yang telah diatur oleh pihak Remaja IKRAM untuk meningkatkan sahsiah dan jati diri anak-anak.
  • Komitmen ini juga menjadi tanda ibubapa bersedia memberi kepercayaan kepada Remaja IKRAM dalam menyusun pentarbiyahan anak tuan/ puan sehingga mereka berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading.
  • Surat yang telah ditandatangani perlu dikembalikan kepada pengurus kontinjen daerah pada jam 7.30pagi Selasa 30/11/2010 nanti.
  • Pihak KRJ sangat berbesar hati dengan kepercayaan yang diberikan oleh pihak ibu bapa/ penjaga di dalam perkara ini.

Thursday, November 4, 2010

PROGRAM CUTI SEKOLAH: MELANGKAH KE ALAM DEWASA

SIRI REMAJA KHALIFAH (EDISI REMAJA PUTERA & PUTERI)

MELANGKAH KE ALAM DEWASA

tarikh: 24/11/2010 (UNTUK PUTERA) & 25/11/2010 (UNTUK PUTERI)
masa: 8pagi hingga 5 petang
peserta: anak-anak lelaki 12 hingga 15 tahun & anak-anak perempuan 10-12 tahun
tempat: bilik seminar, TNB Integrated Learning Solution (ILSAS),km7, jalan Ikram-Uniten, Bandar Baru Bangi,Selangor

dikendalikan oleh:
Khalifah Youth Circle (KYC)
03-4256 6810
fax: 03-4256 5423
khalifahproject@yahoo.com
http://www.islamic-world.net/

dengan kerjasama ILSAS


aturcara:
8pagi pendaftaran
8.30 pagi ice breaking
9pagi sesi 1--anatomi dan fisiologi sistem reproduktif (perbincangan mengenai perubahan emosi dan fizikal serta pendidikan seks kesihatan reproduksi)

10.30pagi minum pagi

11 pagi sesi2--menjaga kehormatan diri (perbincangan mengenai tanggungjawab sesudah baligh dalam Islam)

12 tengahari LDK

1petang lunch dan solat zuhur berjemaah

2 petang sesi 3--penderaan seks dan perhubungan lelaki perempuan (perbincangan mengenai penderaan seks dan perhubungan antara lelaki dan perempuan berlandaskan syariat Islam)

3 petang Pelan tindakan--strategi menghadapi cabaran masa kini

4 petang resolusi dan penutup, solat asar berjemaah

5 petang bersurai


PENGENDALI SESI UTAMA:
untuk sesi remaja putera;
DR KAMARUL AZAHAR MOHD RAZALI--pakar perunding kanan pediatrik dan penyakit berjangkit, paediatric institute, HKL

USTAZ HASRIZAL ABDUL JAMIL--saifuislam training & consultancy, penulis buku Aku Terima Nikahnya

SAUDARA MUHAMMAD QAYYUM ABDUL RAOF--trainer, khalifah institute




untuk sesi remaja puteri;
DR ARIZA MOHAMAD--pakar perbidanan dan sakit puan, hospital ampang puteri, penulis buku ibu dibelai, anak dibuai

DR ALINI MARZUKI--konsultan dan trainer, khalifah institute

PUAN HANANI SAMAN--pengasas tadika dzul iman, trainer khalifah institute


untuk keterangan lanjut, hubungi:
03 4256 6810

PROGRAM CUTI SEKOLAH KBM SSQ+5R


seperti tahun-tahun yang lalu, kali ini KBM SSQ+5R kembali lagi, kali ini dengan pengisian yang lebih menarik dan berkualiti dan disukai ramai...hehe


ayuh daftar segera!!!


tarikh: 8-11 disember 2010

hari: rabu hingga sabtu

masa: 8.00 pagi (rabu) hingga 2.00 petang (sabtu)

peserta: remaja 13 hingga 16 tahun

lokasi: impian country resort,hulu langat

yuran: rm200 sahaja


sila hubungi:

nurul damia 012 645 6228

hafiz bai 019 751 7051


maklumat ttg aktiviti, galeri, dan lain2,sila baca di sini


peta ke ICR;


PROGRAM CUTI SEKOLAH UNTUK LEPASAN SPM 2010

PENDAFTARAN UNTUK PROGRAM MADRSATUL HAYAH-IKRAM (MH-i) KINI DIBUKA!!!

tarikh: 22/12/2010 hingga 22/1/2011

**jaulah MH-i akan iadakan pada 24/1/2011 hingga 2/2/2011

-keutamaan dan pendaftaran awal untuk anak-anak ahi IKRAM/JIM Selangor
-selepas 15 Nov 2010, pendaftaran akan dibuka ke seluruh negara
-mohon ibu bapa di Selangor daftarkan anak-anak segera kerana tempat adaah sangat terhad

untuk peserta dari hulu langat---sila isi borang penyertaan dan email kepada akh Ibrahim Aizuddin (beliaklang00@yahoo.com) serta cc kan email tersebut kepada ukht nadhirah azizi (nadhirah.azizi@gmail.com) untuk rekod JK gen pearl IKRAM hulu langat.

-------------------------------------

Sebagai usaha pembinaan pelapis dan menyantuni pewaris,
PEMUDA IKRAM SELANGOR,
JIM IPT PUSAT
dan KARISMA NASIONAL
dengan kerjasama
IKRAM DAERAH
insyaAllah akan menganjurkan
MH-i
(madrasatul hayah- ikram)
pada 25/12/2010 hingga 22/1/2011
di sekitar lembah klang
beserta JAULAH MH-i
(tempat akan dimaklumkan)
pada 24/1/2010 hingga 2/2/2011
yuran: rm 400 seorang (tidak termasuk kos jaulah)
tarikh tutup pendaftaran: 15 disember 2010
sebarang pertanyaan boleh hubungi:
khairul fadhli 013 355 4342
ibrahim aizuddin 019 267 1495
shahrul aman 019 240 6350
---------------------------
OBJEKTIF PROGRAM:
1-mempersiapkan peserta sebagai pemimpin di kampus dan masa hadapan
2-menyediakan peserta daripada segi ilmu, sikap dan kemahiran yang diperlukan di kampus
3-membenteng peserta dengan ketahanan bagi menghadapi gejala negatif di kampus
TARGET:
SIKAP
-izzah dengan Allah, Rasul dan Islam
-kebal dari cabaran dan gejala negatif
-sikap yang betul terhadap kerjaya dan keusahawanan
KEMAHIRAN
-study skills
-decision making
-goal setting
-public speaking
ILMU
-tauhid kepada Allah
-mencontohi Rasulullah
-islamsebagai ad-deen
KONSEP PROGRAM
kuliah interaktif+outdoor camp+skill development+berdikari menguruskan hidup seharian

PROGRAM CUTI SEKOLAH untuk adik2 PRODUCE GEN 5

KHAS UNTUK PESERTA PRODUCE GEN 5
yang telah berjaya menjalani latihan kecergasan di XREK 2009, kemudian menjalani latihan kepimpinan di LEADERS 2010, maka seterusnya mereka akan menempuh cabaran yang lebih dasyat dan mendebarkan iaitu...

XPERT 2010

tarikh: 23-26/12/2010
hari: khamis hingga ahad
lokasi: seluruh negeri melaka
yuran: RM100 sahaja

tarikh tutup pedaftaran: 15 disember 2010

ayuh kepada adik2 PRODUCE GEN 5 hulu langat dan kajang, jom daftar segera kepada kak hafizah 0172357734
jumpa di melaka!!!

PROGRAM CUTI SEKOLAH; UTK REMAJA TINGKATAN 3

XREK NASIONAL 2010

peserta:
-calon PMR 2010
-pernah mengikuti program KRJ/ Gen Pearl
-menjaga solat 5 waktu
-boleh membaca al-Quran dan ma'thurat
-bersedia untuk menjadi pendakwah

peserta program XREK akan menjalani 6 siri program di dalam projek PRODUCE (Projek Dua Tahun Remaja Cemerlang) iaitu:
-XREK
-LEADERS
-XPERT
-XCELL
-MH-i
-ERAT

BUTIRAN PROGRAM XREK 2010 (Generasi ke-6)
tarikh: 30/11/2010 hingga 2/12/2010
lokasi: brindley training camp, port dickson
yuran: rm80 (peserta lelaki) & rm90 (peserta perempuan)

untuk aktiviti, keperluan peserta dan lokasi, boleh baca di sini

untuk peserta daripada IKRAM kajang dan hulu langat, sila daftar kepada saudari roslina 019 637 3375. butiran yang diperlukan adalah nama penuh, no. kad pengenalan, nama sekolah, nama ibu bapa, no. telefon dan alamat rumah.

TARIKH TUTUP; 15/11/2010

Monday, October 18, 2010

AQSA2GAZA LAND (PART 3)

untuk remaja perempuan 12-17 tahun dan remaja lelaki 13-17 tahun, disediakan pertandingan Explorace Aqsa2Gaza.

antara checkpoint yang ada; setiap kumpulan dikehendaki menyusun 50 pasang kasut. apabila suasana kasut tersusun ini wujud, secara tak langsung, tetamu yang baru hadir kemudian, turut menyusun kasut dengan tersusun. kemudian, setiap kumpulan perlu memberikan kaitan aktiviti ini dengan kemenangan buat umat Islam dan pembebasan Palestin.

checkpoint menyediakan sepanduk REMAJA IKRAM BERSAMA PALESTIN dan 1 lagi sepanduk dengan slogan ciptaan kumpulan sendiri



---------------

satu lagi checkpoint ialah checkpoint kuiz berkaitan konvoi darat ke gaza.
di akhir sesi, semua peserta mendapat booklet aqsa2gaza yang mengandungi maklumat ttg perjalanan konvoi, wakil Aqsa Syarif dan IKRAM yang menyertai konvoi tersebut, website dan media2 yang berkaitan dalam mendapatkan laporan terkini, serta perutusan pengerusi Aqsa Syarif berkaitan misi konvoi darat ini.
semoga para remaja berjaya meraih maklumat dan pengalaman baru demi meningkatkan kepedulian terhadap ummah ini.
REMAJA IKRAM BERSAMA PALESTIN!!!

AQSA2GAZA LAND (PART 2)

remaja Al-Amin dengan dendangan medley aidilfitri
kategori 5-6 tahun ^_^
(selepas game hot potato, bercerita, dan art and craft, semua dapat bendera palestin dan slogan KANAK-KANAK PEDULI PALESTIN)

Kategori 7-12 tahun (lelaki)
bersama model2 yang dibina menggunakan straw. bekalan straw tambahan hanya boleh diperolehi jika mereka 'membayar' dengan cara mengutip sampah di sekeliling kawasan tersebut


kategori 7-11 (perempuan)
dengan hasil karya kreatif

AQSA2GAZA LAND (PART 1)













alhamdulillah, majlis aidilfitri IKRAM daerah Hulu Langat dan Kajang tahun ini menampilkan sedikit kelainan.

Antaranya adalah kerana pada kali ini, JK Gen Pearl turut memeriahkan acara dengan mengadakan program untuk aulad dan remaja, berumur 5 hingga 17 tahun.

Selain itu, pada majlis ini juga, telah diumumkan pemenang pertandingan Cabaran Remaja Kreatif sekaligus diadakan sesi penyampaian hadiah kepada para pemenang.

Jazaakumullah kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan acara kali ini. daripada yang menjaga meja pendaftaran, sukarelawan yang menjadi faci setiap kategori, para peserta, AJK Gen Pearl, mentor, serta ibu bapa yang memberikan sokongan.

Wednesday, September 15, 2010

PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN CABARAN REMAJA KREATIF


sesi pengumuman pemenang pertandingan cabaran remaja kreatif 1431H sekaligus dengan sesi penyampaian hadiah akan diadakan pada Majlis Sambutan AidilFitri (IKRAM Kajang & Hulu Langat) yang insyaAllah akan diadakan pada 3 Oktober 2010. maklumat lanjut mengenai tempat dan masa akan menyusul. =)

nota--sijil penyertaan dan cenderahati penyertaan telah disampaikan melalui sekolah masing2 dua hari sebelum sekolah bercuti untuk raya. mana2 peserta yg belum mendapat sijil & cenderahatinya, bolehlah tuntut di sekolah masing2 ya

Tuesday, August 10, 2010

3R KEMBALI!!


aktiviti di tanah perkuburan. selepas slot 'Bagaimana kalau ini Ramadhan terakhir bagiku' yg turut diadakan di kawasan tanah perkuburan.
First time buat program remaja, pendaftaran di tanah perkuburan. ramai juga yg first time datang sini


slot by abang qayyim. remaja, ramadhan dan palestin.alhamdulillah! dapat hadiah dr abang qayyim sebab teka nama syuhada'


slot bagaimana kalau ini ramadhan terakhir bagiku. bersimpuh atas tikar di kawasan tanah perkuburan islam bangi

antara peserta remaja puteri yang hadir. dengan fasi puteri


khidmat skuad ramadhan (putera)~mengedarkan kurma dan taqwim imsak dan berbuka IKRAM
taqwim IKRAM yang diedarkan


khidmat skuad ramadhan (puteri)


gema tadarrus

gema tadarrus

power walk dari tanah perkuburan ke surau an-najah
majlis penutup-ucapan oleh YDP IKRAM Kajang. majlis turut dihadiri oleh TYDP IKRAM Hulu Langat


----------------------
PERKONGSIAN: PROGRAM 3R IKRAM KULAIJAYA
Tarikh: 21-22 Ogos 2010
Masa: 11 malam-selepas subuh
tempat: Surau Al-Falah, Taman Senai Utama, Senai Kulaijaya
Penganjur: JK Remaja Belia IKRAM Kulaijaya

Highlights:
Riben Ramadhan
Kita Hebat
Qiyamullail
Kuliah Subuh-Pecutan Larian Marathon

boleh lihat gambar & baca lanjut di sini
---------------------------
PERKONGSIAN: AKTIVITI RAMADHAN IKRAM JOHOR
22 Ogos 2010~I Love Ramadhan, di Masjid Taman Megah Ria

22 Ogos 2010~3R di Surau Jalan Bacang, Taman Kota Masai

27 Ogos 2010~Mukhayyam Ramadhan Remaja & Belia, Surau Taman Sri Kenangan,Segamat
---------------------------
PERKONGSIAN: QIAMULLAYL REMAJA KULAIJAYA
Tarikh: 15 ogos 2010
Peserta: 30 orang
Tempat: Masjid Ar-Rahman Taman Putri, Kulai
Anjuran: Biro Rakan Muda Masjid Ar-Rahman Taman Putri Kulaijaya & JK Pemuda IKRAM Kulaijaya

Highlights: MABIT+Tahajjud

lihat gambar & baca lanjut di sini
---------------------------
PERKONGSIAN: MADRASAH RAMADHAN BERSAMA IKRAM
Tarikh: 30-31 Ogos 2010
Peserta: terbuka kepada dewasa, belia, REMAJA, kanak-kanak

Highlights:


Pecah Tabung Kanak-Kanak


Iftar & Tarawih


Qiam Ramadhan


Sahur


IKRAM Prihatin: Bingkisan Ramadhan


info lanjut di sini


---------------------------
PERKONGSIAN: PROGRAM 3R PULAU PINANG SIRI JELAJAH 1
Tarikh: 21-22 ogos 2010
Masa: 8am-3pm
Penganjur: KRJ Pulau Pinang & IKRAM Pulau Pinang
Tempat: Sek Men Arab Tahfiz Tasek Gelugor
peserta: 45 orang

Highlights:
Ice Breaking --berapa harga dirimu
SMART Solat
Jejak Fakir --melawat rumah ibu tunggal, warga emas & kurang upaya
Untukmu Palestin
Renungan
Uji Minda 3R
Produktif Remaja
Explorace Ramadhan



boleh baca lanjut di sini
--------------------------
PERKONGSIAN: PROGRAM 3R IKRAM WILAYAH PERSEKUTUAN

Tarikh: 21 & 22 Ogos 2010
Penganjur: KRJ KL, dengan kerjasama IKRAM WP & Masjid KLCC
Tempat: Dewan Utama Masjid Asy-Syakirin KLCC
Peserta: 85 orang

Highlights:
Ice Breaking Riang Ria Ramadhan
Slot "La'allakum Tattaquun"
Laskar Pelangi
Survey di Taman Suria KLCC
persembahan lakonan palestin oleh abg2 faci
tazkirah drpd ketua imam masjid KLCC
Slot botol bocor
Peristiwa Islam di bulan Ramadhan by Dr Hafidzi
Persembahan Nasyid by Kump Caliph from IIC
Komitmen Ramadhan

boleh lihat lanjut di sini
---------------------------
PERKONGSIAN: PROGRAM 3R DI MASJID HJ MAT SAMAN
Tarikh: 5 september 2010
Pengendali: Abang Bai & 7 fasi
Penganjur: Masjid Hj Mat Saman dengan kerjasama IKRAM Kajang dan KRJ

---------------------------
PERKONGSIAN: PROGRAM 3R IKRAM PUTRAJAYA
boleh baca lanjut di sini

tarikh: 28 & 29 Ogos 2010
tempat : Masjid TMZA (Masjid Besi)
penganjur: IKRAM Putrajaya
Peserta: 122 orang remaja
Pengendali: Abang Bai & 24 fasilitator

Aturcara:
sesi Ice Breaking (Riang Ria Ramadhan)
Nasyid Ukhuwah Ramadhan Tiba
Solat Dhuha Berjemaah
Tadarrus-Solat Dhuha
Slot Peristiwa Islam di Bulan Ramadhan
Tayangan Laskar Pelangi
Bertemu Masyarakat di Bazaar Ramadhan
Iftar-Maghrib-Isya'-Tarawih
Misi ke Langit
Qiamullayl
Sahur-Subuh
Slot Botol Bocor
Slot Celik IT
Slot Our Treasure
















-------------------


PERKONGSIAN: 3R IKRAM KLANG


Alhamdulillah IKRAM Klang dengan kerjasama Kelab Remaja JIM Klang telah selamat menganjurkan program Remaja Raikan Ramadhan pada 3-4 September yang lalu bertempat di Dewan Seminar, Masjid As-Saadah, Bandar Sultan Suleiman, Port Klang.

Program telah dihadiri 30 adik-adik remaja lelaki yang berusia antara 14-17 tahun. Mereka merupakan murid murid ikhwah akhawat JIM/IKRAM Klang yang menjadi guru di sekolah sekolah sekitar daerah Klang seperti SM Meru, SMA Hishamuddin, KISAS, SM Rantau Panjang, SM Syahbandar, SM Taman Sri Andalas dan High School Klang.

Objektif tersirat program ialah untuk membentuk usrah usrah di kalangan mereka yang akan dipimpin aktivis IKRAM Klang. Beberapa orang pelajar SMI Hira turut turun membantu untuk bermuayasyah dgn para peserta.

Program dikendalikan sepenuhnya oleh Ustaz FathulRahim Temyati yang menyampaikan dalam bentuk multimedia. Antara kandungan program ialah Mengenali Tujuan Kita DiCiptakan, Sentuhan Qolbu dan Ini Sejarah Kita (ISK). Acara berlatih memanah (Indoor Archery) turut diadakan di dalam dewan seminar.

Alhamdulillah rata rata peserta berpuas hati dan tersentuh dengan program ini. Mereka ternyata bersedia untuk menyertai program selanjutnya. InshaAllah kami akan mengadakan perjumpaan susulan selepas Aidilfitri melalui program sambutan hari raya dan futsal.

Semoga Allah swt membantu usaha kita yang kerdil ini dan agar terbentuk saf-saf generasi pelapis.

Jzkk

Ahmad Farid Hanif
TYDP IKRAM Klang/ Pengerusi Biro Da'wah IKRAM Klang
YDP JIM Klang

---------------------------------