Soal Jawab Remaja

Macammane saya nak tahu yang saya sedang mengalami tekanan emosi semasa remaja? Ada tak tanda-tandanya?
Tahniah kerana berani bertanya ^_^ untuk pengetahuan adik, tekanan emosi semasa usia remaja dapat dikenali melalui perubahan seperti:
-cepat marah
-sentiasa merasa cemas dan bimbang
-mudah letih dan kurang bermotivasi
-mudah terkejut
-cepat bosan dan hilang minat
-cepat putus asa
-sukar untuk ketawa

untuk mengatasi masalah tekanan emosi semasa usia remaja, boleh cuba tips-tips ini:
-tingkatkan hubungan dengan Allah. Dialah Pencipta kita yang menyayangi diri kita lebih daripada sayangnya kita kepada diri kita. Berdoa kepadaNya supaya beroleh ketenangan jiwa.
-bincanglah dengan orang yang dapat membantu. Jika perlu, dapatkan nasihat kaunselor
-rancang dan gunakan masa dengan bijak. ini dapat elakkan kerja last minute yg boleh menyebabkan tekanan emosi
-amalkan cara hidup sihat. say no to rokok! jgn lupe bersenam ya!
-berfikiran positif, terbuka dan tolak ansur
-berkongsi masalah
-belajar teknik utk relaks; latihan bernafas, relaksasi otot, urutan bahu dan leher dan lain2
---------------------------------------------
Boleh ke saya tahu apakah keperluan pemakanan untuk remaja macam saya?
bagus soalan ni ^_^ terima kasih kerana bertanya. sebenarnya badan kita mula menyimpan zat makanan semasa kita kanak-kanak. Simpanan zat makanan ini akan digunakan semasa tempoh pembesaran/ tumbesaran yang pesat iaitu semasa remaja.

jadi, kalau tak mengamalkan pemakanan yang betul, remaja akan terdedah kepada kekurangan zat makanan dan boleh menyebabkan tekanan. ada beberapa zat makanan yang sangat diperlukan semasa remaja. antaranya:
-protein bermutu tinggi  (utk perumbuhan pesat)
-kalsium (utk tubesaran tulang)
-besi/ iron (meningkatkan jisim otot dan isipadu darah)
-zink (utk tumbesaran secara menyeluruh)
-magnesium & nitrogen (utk tumbesaran dan pertumbuhan)

pemilihan makanan yang baik semasa remaja adalah PENTING! untuk memenuhi kesemua keperluan tubuh badan, remaja hendaklah makan pelbagai jenis makanan mengikut piramid makanan;


Allah sayang kepada remaja yang menjaga dirinya dan makan mengikut sunnah. Jadi, makanlah mengikut keperluan, supaya adik dapat hidup sihat menjadi permata ummah (^_^)