Sunday, November 28, 2010

MAKLUMAT XREK 2010

kepada:

Ibu bapa/ Penjaga

Peserta XREK 2010

Daerah Hulu Langat & Kajang

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Tuan/ Puan,

MAKLUMAT XREK 2010

Tahniah dan penghargaan diucapkan kepada tuan/ puan kerana mendaftarkan anak tuan/ puan mewakili Daerah Hulu Langat & Kajang dalam perkhemahan nasional remaja yang dinamakan Ekspedisi Remaja Kental 2010 (XREK 2010).

Berikut adalah butir-butir yang berkaitan:

Tarikh : 30hb Nov 2010 (8.00 pagi) – 2hb Dis 2010 (3.00 petang)

Tempat : Brindley Training & Camp, Port Dickson Negeri Sembilan

Status : Program Pembangunan Nasional untuk Remaja

Yuran peserta : RM 80 (Lelaki) & RM 90 (Perempuan)

Bersama-sama ini disertakan senarai keperluan penting, maklumat mengenai pembayaran yuran, pengangkutan serta surat pernyataan komitmen untuk menyertai projek PRODUCE.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada pengurus kontinjen Daerah Hulu Langat; Ukhti Roslina Che Hat 019 637 3375 atau Ahmad Fadhli Mohd Faudzi 019 264 8637. Segala kerjasama daripada pihak tuan/ puan kami dahului dengan ucapan Jazaakumullahu khairan katheera.

ROSLINA CHE HAT

Pengurus Kontijen Daerah Hulu Langat & Kajang

XREK 2010

------------------------------------------------

Lampiran

1.0 Ahli Kontijen Daerah Hulu Langat & Kajang

· Iman bt Ridzuan

· Asma Amatullah bt Zainol Abidin

· Aiman Akmal Lubis Bin Mohd Shaffie

· Fawwaz Ahmad Lubis Bin Mohd Shaffie

· Ahmad Aiman Mohd Faudzi

· Mohd Fathi Mohd Shukri

· Farisul Hakim Fakhrul Adabi

· Muhamad Atif Mohd Nor

2.0 Pengiring

Pihak JK Gen Pearl insyaAllah akan mengusahakan 1 orang pengiring. Maklumat mengenai nama dan nombor perhubungan pengiring akan diberikan kepada para ibu bapa selewat-lewatnya sebelum kontijen bertolak pada 30/11/2010.

3.0 Pembayaran yuran

Sila buat pembayaran ke akaun CIMB Ahmad Fadhli Mohd Faudzi (1407 0525 5395 29) selewat-lewatnya 29/11/2010. Sila maklumkan kepada Ahmad Fadhli Mohd Faudzi 019 264 8637 sebaik sahaja pembayaran dibuat. Pengurus kontinjen akan membuat bayaran kepada pihak sekretariat XREK bagi pihak semua peserta dalam kontijen.

Alhamdulillah, jawatankuasa Gen Pearl telah mendapatkan sumbangan RM20 bagi setiap peserta. Maka, yuran yang perlu dibayar oleh peserta lelaki ialah RM60 dan bagi peserta perempuan ialah RM70 sahaja.

4.0 Keperluan peserta

BARANG-BARANG KEPERLUAN

TANDAKAN ( / )

- Pakaian OUTDOOR utk 3H 2M

- Kasut Sukan ( OUTDOOR ), pakai Crocs pun ok kot

- Kelengkapan diri & mandi

- Ubat-ubatan peribadi

- Topi peribadi / Baju hujan

- Peralatan menulis

- Roti sebungkus (saiz Kecil)

- 3 biji telur

- Sardin 3 tin kecil

- 4 pot beras

- Cawan / pinggan / sudu

- windbreaker/sweater

- stokin tebal

Keperluan (perlu disediakan bagi setiap negeri)

  • Peralatan memasak (seperti kuali, mastin, senduk, sudip,jag air)
  • Sahun basuh pinggan dan span
  • Minyak 500ml
  • Gula dan garam sechukhu’pnya
  • Bahan api untuk memasak (seperti solid fuel/ mancis)
  • First aid kit

5.0 Pengangkutan pergi dan pulang kontinjen Hulu Langat

  • Para peserta diminta berkumpul di stesen komuter UKM pada jam 7.30pagi Selasa 30/11/2010.
  • Pengangkutan pergi ke tempat program adalah dengan menaiki KTM komuter dari stesen UKM ke stesen Seremban.
  • Kemudian, para peserta akan menaiki bas dari Seremban ke Port Dickson dan pekan Pasir Panjang. JK Pengangkutan XREK akan menyediakan pengangkutan dari Pekan Pasir Panjang ke lokasi program (Brindley Training & Camp, Port Dickson Negeri Sembilan).
  • Pengangkutan pulang dari tempat program juga adalah sama, dan peserta dijangka tiba semula di stesen komuter UKM pada jam 6.00petang Khamis 2/12/2010.

6.0 Surat Penyertaan dan Penyataan Komitmen untuk projek PRODUCE

  • Objektif surat ini dibuat adalah mendapatkan komitmen, sokongan dan kerjasama daripada ibubapa peserta PRODUCE agar mereka dapat menghantar anak-anak mereka ke semua 6 program PRODUCE (XREK, LEADERS, XPERT, XCELL, MH-i, EMI).
  • Sokongan dan komitmen ibubapa adalah sangat penting untuk menjayakan perancangan yang telah diatur oleh pihak Remaja IKRAM untuk meningkatkan sahsiah dan jati diri anak-anak.
  • Komitmen ini juga menjadi tanda ibubapa bersedia memberi kepercayaan kepada Remaja IKRAM dalam menyusun pentarbiyahan anak tuan/ puan sehingga mereka berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading.
  • Surat yang telah ditandatangani perlu dikembalikan kepada pengurus kontinjen daerah pada jam 7.30pagi Selasa 30/11/2010 nanti.
  • Pihak KRJ sangat berbesar hati dengan kepercayaan yang diberikan oleh pihak ibu bapa/ penjaga di dalam perkara ini.

Thursday, November 4, 2010

PROGRAM CUTI SEKOLAH: MELANGKAH KE ALAM DEWASA

SIRI REMAJA KHALIFAH (EDISI REMAJA PUTERA & PUTERI)

MELANGKAH KE ALAM DEWASA

tarikh: 24/11/2010 (UNTUK PUTERA) & 25/11/2010 (UNTUK PUTERI)
masa: 8pagi hingga 5 petang
peserta: anak-anak lelaki 12 hingga 15 tahun & anak-anak perempuan 10-12 tahun
tempat: bilik seminar, TNB Integrated Learning Solution (ILSAS),km7, jalan Ikram-Uniten, Bandar Baru Bangi,Selangor

dikendalikan oleh:
Khalifah Youth Circle (KYC)
03-4256 6810
fax: 03-4256 5423
khalifahproject@yahoo.com
http://www.islamic-world.net/

dengan kerjasama ILSAS


aturcara:
8pagi pendaftaran
8.30 pagi ice breaking
9pagi sesi 1--anatomi dan fisiologi sistem reproduktif (perbincangan mengenai perubahan emosi dan fizikal serta pendidikan seks kesihatan reproduksi)

10.30pagi minum pagi

11 pagi sesi2--menjaga kehormatan diri (perbincangan mengenai tanggungjawab sesudah baligh dalam Islam)

12 tengahari LDK

1petang lunch dan solat zuhur berjemaah

2 petang sesi 3--penderaan seks dan perhubungan lelaki perempuan (perbincangan mengenai penderaan seks dan perhubungan antara lelaki dan perempuan berlandaskan syariat Islam)

3 petang Pelan tindakan--strategi menghadapi cabaran masa kini

4 petang resolusi dan penutup, solat asar berjemaah

5 petang bersurai


PENGENDALI SESI UTAMA:
untuk sesi remaja putera;
DR KAMARUL AZAHAR MOHD RAZALI--pakar perunding kanan pediatrik dan penyakit berjangkit, paediatric institute, HKL

USTAZ HASRIZAL ABDUL JAMIL--saifuislam training & consultancy, penulis buku Aku Terima Nikahnya

SAUDARA MUHAMMAD QAYYUM ABDUL RAOF--trainer, khalifah institute




untuk sesi remaja puteri;
DR ARIZA MOHAMAD--pakar perbidanan dan sakit puan, hospital ampang puteri, penulis buku ibu dibelai, anak dibuai

DR ALINI MARZUKI--konsultan dan trainer, khalifah institute

PUAN HANANI SAMAN--pengasas tadika dzul iman, trainer khalifah institute


untuk keterangan lanjut, hubungi:
03 4256 6810

PROGRAM CUTI SEKOLAH KBM SSQ+5R


seperti tahun-tahun yang lalu, kali ini KBM SSQ+5R kembali lagi, kali ini dengan pengisian yang lebih menarik dan berkualiti dan disukai ramai...hehe


ayuh daftar segera!!!


tarikh: 8-11 disember 2010

hari: rabu hingga sabtu

masa: 8.00 pagi (rabu) hingga 2.00 petang (sabtu)

peserta: remaja 13 hingga 16 tahun

lokasi: impian country resort,hulu langat

yuran: rm200 sahaja


sila hubungi:

nurul damia 012 645 6228

hafiz bai 019 751 7051


maklumat ttg aktiviti, galeri, dan lain2,sila baca di sini


peta ke ICR;


PROGRAM CUTI SEKOLAH UNTUK LEPASAN SPM 2010

PENDAFTARAN UNTUK PROGRAM MADRSATUL HAYAH-IKRAM (MH-i) KINI DIBUKA!!!

tarikh: 22/12/2010 hingga 22/1/2011

**jaulah MH-i akan iadakan pada 24/1/2011 hingga 2/2/2011

-keutamaan dan pendaftaran awal untuk anak-anak ahi IKRAM/JIM Selangor
-selepas 15 Nov 2010, pendaftaran akan dibuka ke seluruh negara
-mohon ibu bapa di Selangor daftarkan anak-anak segera kerana tempat adaah sangat terhad

untuk peserta dari hulu langat---sila isi borang penyertaan dan email kepada akh Ibrahim Aizuddin (beliaklang00@yahoo.com) serta cc kan email tersebut kepada ukht nadhirah azizi (nadhirah.azizi@gmail.com) untuk rekod JK gen pearl IKRAM hulu langat.

-------------------------------------

Sebagai usaha pembinaan pelapis dan menyantuni pewaris,
PEMUDA IKRAM SELANGOR,
JIM IPT PUSAT
dan KARISMA NASIONAL
dengan kerjasama
IKRAM DAERAH
insyaAllah akan menganjurkan
MH-i
(madrasatul hayah- ikram)
pada 25/12/2010 hingga 22/1/2011
di sekitar lembah klang
beserta JAULAH MH-i
(tempat akan dimaklumkan)
pada 24/1/2010 hingga 2/2/2011
yuran: rm 400 seorang (tidak termasuk kos jaulah)
tarikh tutup pendaftaran: 15 disember 2010
sebarang pertanyaan boleh hubungi:
khairul fadhli 013 355 4342
ibrahim aizuddin 019 267 1495
shahrul aman 019 240 6350
---------------------------
OBJEKTIF PROGRAM:
1-mempersiapkan peserta sebagai pemimpin di kampus dan masa hadapan
2-menyediakan peserta daripada segi ilmu, sikap dan kemahiran yang diperlukan di kampus
3-membenteng peserta dengan ketahanan bagi menghadapi gejala negatif di kampus
TARGET:
SIKAP
-izzah dengan Allah, Rasul dan Islam
-kebal dari cabaran dan gejala negatif
-sikap yang betul terhadap kerjaya dan keusahawanan
KEMAHIRAN
-study skills
-decision making
-goal setting
-public speaking
ILMU
-tauhid kepada Allah
-mencontohi Rasulullah
-islamsebagai ad-deen
KONSEP PROGRAM
kuliah interaktif+outdoor camp+skill development+berdikari menguruskan hidup seharian

PROGRAM CUTI SEKOLAH untuk adik2 PRODUCE GEN 5

KHAS UNTUK PESERTA PRODUCE GEN 5
yang telah berjaya menjalani latihan kecergasan di XREK 2009, kemudian menjalani latihan kepimpinan di LEADERS 2010, maka seterusnya mereka akan menempuh cabaran yang lebih dasyat dan mendebarkan iaitu...

XPERT 2010

tarikh: 23-26/12/2010
hari: khamis hingga ahad
lokasi: seluruh negeri melaka
yuran: RM100 sahaja

tarikh tutup pedaftaran: 15 disember 2010

ayuh kepada adik2 PRODUCE GEN 5 hulu langat dan kajang, jom daftar segera kepada kak hafizah 0172357734
jumpa di melaka!!!

PROGRAM CUTI SEKOLAH; UTK REMAJA TINGKATAN 3

XREK NASIONAL 2010

peserta:
-calon PMR 2010
-pernah mengikuti program KRJ/ Gen Pearl
-menjaga solat 5 waktu
-boleh membaca al-Quran dan ma'thurat
-bersedia untuk menjadi pendakwah

peserta program XREK akan menjalani 6 siri program di dalam projek PRODUCE (Projek Dua Tahun Remaja Cemerlang) iaitu:
-XREK
-LEADERS
-XPERT
-XCELL
-MH-i
-ERAT

BUTIRAN PROGRAM XREK 2010 (Generasi ke-6)
tarikh: 30/11/2010 hingga 2/12/2010
lokasi: brindley training camp, port dickson
yuran: rm80 (peserta lelaki) & rm90 (peserta perempuan)

untuk aktiviti, keperluan peserta dan lokasi, boleh baca di sini

untuk peserta daripada IKRAM kajang dan hulu langat, sila daftar kepada saudari roslina 019 637 3375. butiran yang diperlukan adalah nama penuh, no. kad pengenalan, nama sekolah, nama ibu bapa, no. telefon dan alamat rumah.

TARIKH TUTUP; 15/11/2010