Sunday, December 19, 2010

MAKLUMAN TERKINI XPERT 2010

Assalamua'laikum wrmwbt..

Salam persediaan untuk peserta XPERT 2010 kali ini. Selepas selesai tempoh menunggu pendaftaran, insyaAllah peserta yang bakal ke XPERT 2010 di Melaka ialah :

1. Abdullah Azzam b Jailani
2. Hanifah bt Jailani
3. Husna bt Mohd Salleh
4. Aisyah Hilmiyah bt Ahmad Jamali
5. Nur Sakinah bt Roslan
6. Ibrahim Afif b Khairulannuar
7. Izad Ikram b Aris Fadzallah
8. Muhd Nasrullah b Mohd Rujhan
9. Aiman Akmal Lubis b Mohd Shaffie

Tahniah!
--------------------------------------------------

Keperluan Peserta

Berikut adalah keperluan bagi setiap peserta :
1) Pakaian bersih utk program 4 hari 3 malam
2) Al-Quran terjemahan
3) Al-Mathurat
4) Buku Tulis dan alat tulis
5) Satu botol air
6) Ubat ubatan peribadi

--------------------------------------------------

Maklumat Pengangkutan

Pengangkutan peserta XREX dari Hulu Langat & Kajang telah diuruskan oleh pihak jk kami.Peserta akan diiringi oleh Ukht Asma Azia (kak alia) 0133137685. Berikut adalan laluan perjalanan anda ke Melaka:

1- Komuter dari stesen KTM UKM ke KTM Seremban ~
Sila berkumpul di komuter UKM pada 6.15 pagi, sebaiknya sebelum 6.30 pagi (husna salleh akan pergi sendiri, tapi balik bersama dengan kontijen, sakinah khalidah dari serdang juga akan turut serta). Pastikan peserta dah sarapan.


2 - KTM Seremban ke Terminal bas (Terminal One Seremban) ~
Jalan kaki mengambil masa 5-10 minit. (target tiba di terminal one seremban selewat-lewatnya jam 7.30 pagi. Perjalanan Seremban ke Melaka mengambil masa 1 jam 30 minit). Pendaftaran XPERT jam 8-9 pagi


3 - Bas dari Seremban ke Melaka Sentral ~
Dapatkan tiket bas Transnasional ke Melaka Sentral jam 7.30 pagi (tiket ada pada setiap jam, paling awal 7.30 pagi)


4 - Pendaftaran program adalah di Pusat Tuisyen PSI (di belakang bangunan Melaka Sentral)


**Perjalanan pulang juga akan melalui metod yang sama.

------------------------------------------------------------------------

Pembayaran yuran RM 100 boleh di "bank in" kepada akaun CIMB Hafizah Jamaludin (sila maklumkan jika bank in) atau secara tunai (seboleh-bolehnya sebelum 22 Disember 2010)

Semoga anda membuat persiapan terbaik untuk XPERT 2010.. Semoga Allah permudahkan dan melancarkan urusan kita sehingga XPERT 2010 ini berakhir. Semoga anda sentiasa maintain dalam program ini dan yang mendatang..

Sebarang masalah atau persoalan, boleh hubungi Ukht Hafizah Jamaludin 0172357734.

Harap maklum

Friday, December 17, 2010

Makluman program MH-i 10----2 hari lagi---


2 HARI SEBELUM PENDAFTARAN DITUTUP, 12 TEMPAT SAHAJA LAGI!!!


maklumat lanjut mengenai program...sila rujuk makluman program mh-i 10

sunathon amal 2010

gambar-gambar semasa program sunathon amal 2010 yg bertempat di masjid hasanah bangi.
program ini adalah kerjasama antara IKRAM Hulu Langat, HPAN, masjid Hasanah dan Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi
Pihak Genpearl telah mengadakan pertandingan mewarna dan kuiz utk kanak-kanak dan remaja yang hadir..












program let us be muslim

Pada 11/12/2010 yg lalu , bertempat di Tadika Khalifah Bestari, telah berlangsungnya program "Let Us be Muslim 1"...


antara peserta-peserta perempuan

Align Centerpeserta-peserta lelaki tengah berdiskusi mengenai cara-cara menjadi muslim yg sebenar

drama sebabak dari para fasilitator

sementara menunggu abang-abang dan kakak-kakak berprogram..kami main dulu...


Semoga para peserta mendapat manfaat dari program ini...kita jumpa lagi dimasa dan tempat yang lain pula...dgn aktiviti yg lebih menarik insyaAllah...

Saturday, December 11, 2010

Makluman program MH-i 10 (program utk lepasan SPM


~ TERBUKA KEPADA PARA PELAJAR LEPASAN SPM '10 DI SELURUH MALAYSIA ~
..JUGA TIDAK TERKECUALI PELAJAR LEPASAN STPM & STAM '10..


Tarikh
25 Dis 2010 – 22 Jan 2011(29 hari)
Tempat
KEM ULU TAMU & KEM LEMBAH GENTING,
BATANG KALI, SELANGOR


Anjuran Bersama
Pemuda IKRAM Selangor
Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia(JIM IPT Pusat)
Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia(KARISMA Nasional)


Yuran
RM400 sahaja untuk 29hari!(tidak termasuk yuran Road to Nusantara)


Objektif
1. Melahirkan muslim yang mempunyai 10 muwasofat tarbiyah (sifat-sifat tarbiyah) terutamanya dalam aspek aqidah, ibadah dan akhlak.
2. Memberi penjelasan dan bantuan kepada para peserta untuk memahami matlamat kehidupan sebenar sebagai hamba dan khalifah ALLAH.
3. Mendedahkan para peserta dengan kemahiran ‘self development’ dan ‘life skills’.
4. Melahirkan kepimpinan pelajar IPT seterusnya kepada agama dan negara yang bertaqwa, berkemahiran tinggi, dinamik dan berketerampilan.
5. Merealisasikan perkongsian ilmu serta pengalaman sesama tokoh masyarakat, pakar motivasi, ahli profesional, asatizah dan fasilitator dengan para peserta.
6. Menjalin dan memperkukuhkan ukuwwahfillah sesama para peserta dan komiti.
7. Memberi pendedahan kepada halatuju bidang pekerjaan yang bersesuaian dengan para peserta.

Apa Menarik di MHI '10??!
1. Melebihi 20 topik pengisian kefahaman Islam!
2. Sebanyak 14 topik pengisian pembangunan kemahiran diri (skills development) & organisasi!
3. Sebanyak 12 aktiviti luar & lasak!
4. Sebanyak 3 slot untuk English Language class (seminggu sekali)!
5. Pendedahan course & carier untuk kebaikan masa depan para pelajar!
6. Pendedahan memasak kepada semua peserta setiap hari!
7. Nikmat keindahan taqwa & ukhuwwahfillah yang tidak ternilai!
8. Para peserta berpeluang untuk menyertai Road To Nusantara (optional dgn tambahan yuran)!

Jangan lepaskan peluang,
peserta adalah untuk 100 orang sahaja!!


Berminat? Sila hubungi untuk sebarang pertanyaan:
KHAIRUL - 013 3554342
IBRAHIM - 013 2371495
SHAHRUL AMAN - 019 2406350
WAN FAUZIAH - 019 3374400

Atau emailkan borang yang dilampirkan berikut ke:madrasatulhayahikram@gmail.com

SEBELUM 18 Disember!

untuk peserta dari hulu langat---sila isi borang penyertaan dan email kepada madrasatulhayahikram@gmail.com serta cc kan email tersebut kepada ukht nadhirah azizi (nadhirah.azizi@gmail.com) untuk rekod JK gen pearl IKRAM hulu langat.

--

"The Best Motivator Is ALLAH, None Except HIM"

Thursday, December 9, 2010

surat untuk peserta XPERT 2010

SURAT MAKLUMAN UNTUK PESERTA XPERT 2010


Jawatankuasa Remaja (Gen Pearl)
Pertubuhan IKRAM
Daerah Hulu Langat & Kajang.


Ibu bapa/ Penjaga

Peserta XPERT 2010

Daerah Hulu Langat & Kajang

9 Disember 2010


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Tuan/ Puan,

PROGRAM XPERT 2010


Tahniah dan penghargaan diucapkan kepada tuan/ puan kerana anak tuan/ puan terpilih untuk menyertai kontijen daerah Hulu Langat dan Kajang dalam program kepimpinan remaja nasional; XPERT 2010.

Program ini adalah program ketiga daripada enam siri latihan projek PRODUCE (Projek Dua Tahun Remaja Cemerlang) yang telah disertai oleh anak tuan/ puan mulai November 2009 melalui program XREK 2009 dan LEADERS 2010.

Berikut adalah butir-butir penting berkaitan program XPERT 2010:

Tarikh : 23 hingga 26 Disember 2010 (Khamis hingga Ahad)

Tempat : Negeri Melaka

Yuran Peserta : RM 100 sahaja

Peserta : Peserta PRODUCE Gen 5

Sila sahkan kehadiran anak tuan/ puan kepada Ukht Hafizah Jamaludin 017 235 7734 selewat-lewatnya 13 Disember 2010. Maklumat mengenai senarai keperluan penting, pembayaran yuran, pengangkutan serta aturcara program akan diberikan setelah tarikh tutup pendaftaran pada 13 Disember 2010.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada penyelaras kontijen Daerah Hulu Langat & Kajang; Hafizah Jamaludin 017 235 7734 atau Ahmad Fadhli Mohd Faudzi 019 264 8637. Segala kerjasama daripada pihak tuan/puan kami dahului dengan ucapan Jazaakumullahu khairan katheera.


HAFIZAH JAMALUDIN

Penyelaras Kontijen Daerah Hulu Langat

XPERT 2010

hebahan ke-2: : EXPERT 2010

KHAS UNTUK PESERTA PRODUCE GEN 5
yang telah berjaya menjalani latihan kecergasan di XREK 2009, kemudian menjalani latihan kepimpinan di LEADERS 2010, maka seterusnya mereka akan menempuh cabaran yang lebih dasyat dan mendebarkan iaitu...

XPERT 2010

tarikh: 23-26/12/2010
hari: khamis hingga ahad
lokasi: seluruh negeri melaka
yuran: RM100 sahaja

tarikh tutup pedaftaran: 15 disember 2010

ayuh kepada adik2 PRODUCE GEN 5 hulu langat dan kajang, jom daftar segera kepada kak hafizah 0172357734
jumpa di melaka!!!

-----------------------------

let us be muslim 1

istimewa untuk para remaja,

Ingin ketahui bagaimana menjadi seorang muslim yg sebenar dan mendapat inspirasi utk menjadi seorang muslim yg bertakwa?
Ingin mendengar pengalaman daripada pelajar yg belajar diluar negara?

Jom sertai program "Let Us Be Muslim 1"

Tarikh : 11/12/2010
Tempat :Tadika Khalifah Bestari
Masa : 9.00pagi - 1.30petang
Yuran : RM5 (termasuk sarapan, makan tengahari, booklet dan door gift)


Sila daftar kepada saudari Noor Shamsiah - 0196866432

tarikh tutup penyertaan :09/12/2010(khamis) jam 5 ptg

Wednesday, December 1, 2010

XREK 2010











1/12/2010 (3.42pm)
sekarang ini para peserta sedang bertungkus lumus menyiapkan rakit masing-masing

sebentar lagi mereka akan berakit ke selat melaka, insyaAllah bersama mereka ada pegawai keselamatan pantai dan jurulatih terlatih.

30/11/2010 (10.22pm)



Sekarang ini sedang berlangsung Ceramah bertajuk REMAJA yang disampaikan oleh akhi Hanuar Talib ( abg Long ) dari IKRAM / JIM Melaka.

Bagi yang mengenal beliau, pasti boleh jangka apa yang sedang berlaku....

Memang sesuai dengan remaja......
Bai : beliau ni penghulu PERKASA 2009, "Cendol world atau Chenge The World "........


30/11/2010 (3.45pm)

Selepas melalui sesi ice breking pada tengah hari tadi, sekarang ini peserta akan merentas halangan ( aktiviti fizikal yang ringan ) .

InshaAllah, akan ada lagi aktivti yang lebih memerlukan kekuatan dan KEKENTALAN fizikal.....