Thursday, December 9, 2010

surat untuk peserta XPERT 2010

SURAT MAKLUMAN UNTUK PESERTA XPERT 2010


Jawatankuasa Remaja (Gen Pearl)
Pertubuhan IKRAM
Daerah Hulu Langat & Kajang.


Ibu bapa/ Penjaga

Peserta XPERT 2010

Daerah Hulu Langat & Kajang

9 Disember 2010


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Tuan/ Puan,

PROGRAM XPERT 2010


Tahniah dan penghargaan diucapkan kepada tuan/ puan kerana anak tuan/ puan terpilih untuk menyertai kontijen daerah Hulu Langat dan Kajang dalam program kepimpinan remaja nasional; XPERT 2010.

Program ini adalah program ketiga daripada enam siri latihan projek PRODUCE (Projek Dua Tahun Remaja Cemerlang) yang telah disertai oleh anak tuan/ puan mulai November 2009 melalui program XREK 2009 dan LEADERS 2010.

Berikut adalah butir-butir penting berkaitan program XPERT 2010:

Tarikh : 23 hingga 26 Disember 2010 (Khamis hingga Ahad)

Tempat : Negeri Melaka

Yuran Peserta : RM 100 sahaja

Peserta : Peserta PRODUCE Gen 5

Sila sahkan kehadiran anak tuan/ puan kepada Ukht Hafizah Jamaludin 017 235 7734 selewat-lewatnya 13 Disember 2010. Maklumat mengenai senarai keperluan penting, pembayaran yuran, pengangkutan serta aturcara program akan diberikan setelah tarikh tutup pendaftaran pada 13 Disember 2010.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada penyelaras kontijen Daerah Hulu Langat & Kajang; Hafizah Jamaludin 017 235 7734 atau Ahmad Fadhli Mohd Faudzi 019 264 8637. Segala kerjasama daripada pihak tuan/puan kami dahului dengan ucapan Jazaakumullahu khairan katheera.


HAFIZAH JAMALUDIN

Penyelaras Kontijen Daerah Hulu Langat

XPERT 2010

No comments:

Post a Comment