Tentang IKRAMTeens



IKRAMTeens Hulu Langat & Kajang-Apakah?
IKRAMTeens ialah sebuah kelab remaja. Ya! Remaja!! Muda-bertenaga-dan bersemangat sentiasa!!

keahliannya dibuka kepada remaja yang berumur di antara 12 hingga 18 tahun (sebelum masuk IPT la ye ^_^) yang tinggal di daerah Hulu Langat dan Kajang

Kirenya IKRAMTeens ni under IKRAM ye? Apa pulak IKRAM tu?
ya betol! IKRAMTeens ni macam salah satu unit comel (comel dan berjiwa besar ^_^) di bawah IKRAM Daerah Hulu Langat dan Kajang.

Untuk kenal IKRAM lebih lanjut, boleh baca kat sini. Ada pengenalan tentang IKRAM, visi & misi, AJKnya, kenyataan medianya, gambar, lagu, motto dan banyak lagi. macam-macam ada!!

IKRAMTeens--Best ke?
Uiks ^_^ InsyaAllah best!! Boleh tengok bahagian aktiviti untuk dapatkan idea tentang program-program IKRAMTeens sebelum ini. Selain itu, jomla kita sama-sama usahakan supaya IKRAMTeens dapat mengisi keperluan remaja soleh dengan mantop!! Jom! ^_^

Kat tempat lain ada IKRAMTeens jugak ke?
Kat tempat lain ada. kat seluruh negara ada insyaAllah, boleh check fb: Ikramteens. ada maklumat ttg program sepanjang tahun di seluruh negara!! wow!!


Kat mana nak dapat maklumat tentang IKRAMTeens?
Kat blog ni. heheh. Boleh juga semak bahagian hubungi IKRAMTeens dan contact tenaga kerja IKRAMTeens untuk bertanya sebarang soalan tentang IKRAMTeens.

lagi? jom tengok montaj IKRAMTeens

Selain tu, boleh juga tulis kat tagboard atau emel ke jkgenpearl@gmail.com




Bagaimana nak join IKRAMTeens Hulu Langat/ Kajang (a.k.a nak jadi ahli)??

senang je ^__^ hanya isi borang keahlian di sini. kemudian anda akan dihubungi jika ada program remaja yang akan dijalankan.




Bagaimana nak menyumbang kepada IKRAMTeens?
wohoa~ Soalan yang sangat bagus daripada remaja yang baguzz!!
Baaaaanyak cara boleh menyumbang untuk IKRAMTeens. Mula-mula, kenalpasti kepakaran anda. contohnya suara sedap. Ha! yang ni boleh offer buat performance semasa program IKRAMTeens. atau pandai menulis. Boleh menyumbang dengan cara menulis artikel untuk remaja yang lain. Kami boleh masukkan dalam blog ni ^_^

pokoknya kami percaya Allah ciptakan anda dengan penuh potensi dan kelebihan. Jadi mesti ada kelebihan yang boleh dikongsi untuk memantopkan IKRAMTeens. Setiap sumbangan ikhlas anda; tidak kira doa, kewangan, idea, tenaga, masa, karya dan lain-lain----SEMUANYA SANGAT BERMAKNA bagi Gen Pearl.