Sunday, November 28, 2010

MAKLUMAT XREK 2010

kepada:

Ibu bapa/ Penjaga

Peserta XREK 2010

Daerah Hulu Langat & Kajang

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Tuan/ Puan,

MAKLUMAT XREK 2010

Tahniah dan penghargaan diucapkan kepada tuan/ puan kerana mendaftarkan anak tuan/ puan mewakili Daerah Hulu Langat & Kajang dalam perkhemahan nasional remaja yang dinamakan Ekspedisi Remaja Kental 2010 (XREK 2010).

Berikut adalah butir-butir yang berkaitan:

Tarikh : 30hb Nov 2010 (8.00 pagi) – 2hb Dis 2010 (3.00 petang)

Tempat : Brindley Training & Camp, Port Dickson Negeri Sembilan

Status : Program Pembangunan Nasional untuk Remaja

Yuran peserta : RM 80 (Lelaki) & RM 90 (Perempuan)

Bersama-sama ini disertakan senarai keperluan penting, maklumat mengenai pembayaran yuran, pengangkutan serta surat pernyataan komitmen untuk menyertai projek PRODUCE.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada pengurus kontinjen Daerah Hulu Langat; Ukhti Roslina Che Hat 019 637 3375 atau Ahmad Fadhli Mohd Faudzi 019 264 8637. Segala kerjasama daripada pihak tuan/ puan kami dahului dengan ucapan Jazaakumullahu khairan katheera.

ROSLINA CHE HAT

Pengurus Kontijen Daerah Hulu Langat & Kajang

XREK 2010

------------------------------------------------

Lampiran

1.0 Ahli Kontijen Daerah Hulu Langat & Kajang

· Iman bt Ridzuan

· Asma Amatullah bt Zainol Abidin

· Aiman Akmal Lubis Bin Mohd Shaffie

· Fawwaz Ahmad Lubis Bin Mohd Shaffie

· Ahmad Aiman Mohd Faudzi

· Mohd Fathi Mohd Shukri

· Farisul Hakim Fakhrul Adabi

· Muhamad Atif Mohd Nor

2.0 Pengiring

Pihak JK Gen Pearl insyaAllah akan mengusahakan 1 orang pengiring. Maklumat mengenai nama dan nombor perhubungan pengiring akan diberikan kepada para ibu bapa selewat-lewatnya sebelum kontijen bertolak pada 30/11/2010.

3.0 Pembayaran yuran

Sila buat pembayaran ke akaun CIMB Ahmad Fadhli Mohd Faudzi (1407 0525 5395 29) selewat-lewatnya 29/11/2010. Sila maklumkan kepada Ahmad Fadhli Mohd Faudzi 019 264 8637 sebaik sahaja pembayaran dibuat. Pengurus kontinjen akan membuat bayaran kepada pihak sekretariat XREK bagi pihak semua peserta dalam kontijen.

Alhamdulillah, jawatankuasa Gen Pearl telah mendapatkan sumbangan RM20 bagi setiap peserta. Maka, yuran yang perlu dibayar oleh peserta lelaki ialah RM60 dan bagi peserta perempuan ialah RM70 sahaja.

4.0 Keperluan peserta

BARANG-BARANG KEPERLUAN

TANDAKAN ( / )

- Pakaian OUTDOOR utk 3H 2M

- Kasut Sukan ( OUTDOOR ), pakai Crocs pun ok kot

- Kelengkapan diri & mandi

- Ubat-ubatan peribadi

- Topi peribadi / Baju hujan

- Peralatan menulis

- Roti sebungkus (saiz Kecil)

- 3 biji telur

- Sardin 3 tin kecil

- 4 pot beras

- Cawan / pinggan / sudu

- windbreaker/sweater

- stokin tebal

Keperluan (perlu disediakan bagi setiap negeri)

  • Peralatan memasak (seperti kuali, mastin, senduk, sudip,jag air)
  • Sahun basuh pinggan dan span
  • Minyak 500ml
  • Gula dan garam sechukhu’pnya
  • Bahan api untuk memasak (seperti solid fuel/ mancis)
  • First aid kit

5.0 Pengangkutan pergi dan pulang kontinjen Hulu Langat

  • Para peserta diminta berkumpul di stesen komuter UKM pada jam 7.30pagi Selasa 30/11/2010.
  • Pengangkutan pergi ke tempat program adalah dengan menaiki KTM komuter dari stesen UKM ke stesen Seremban.
  • Kemudian, para peserta akan menaiki bas dari Seremban ke Port Dickson dan pekan Pasir Panjang. JK Pengangkutan XREK akan menyediakan pengangkutan dari Pekan Pasir Panjang ke lokasi program (Brindley Training & Camp, Port Dickson Negeri Sembilan).
  • Pengangkutan pulang dari tempat program juga adalah sama, dan peserta dijangka tiba semula di stesen komuter UKM pada jam 6.00petang Khamis 2/12/2010.

6.0 Surat Penyertaan dan Penyataan Komitmen untuk projek PRODUCE

  • Objektif surat ini dibuat adalah mendapatkan komitmen, sokongan dan kerjasama daripada ibubapa peserta PRODUCE agar mereka dapat menghantar anak-anak mereka ke semua 6 program PRODUCE (XREK, LEADERS, XPERT, XCELL, MH-i, EMI).
  • Sokongan dan komitmen ibubapa adalah sangat penting untuk menjayakan perancangan yang telah diatur oleh pihak Remaja IKRAM untuk meningkatkan sahsiah dan jati diri anak-anak.
  • Komitmen ini juga menjadi tanda ibubapa bersedia memberi kepercayaan kepada Remaja IKRAM dalam menyusun pentarbiyahan anak tuan/ puan sehingga mereka berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading.
  • Surat yang telah ditandatangani perlu dikembalikan kepada pengurus kontinjen daerah pada jam 7.30pagi Selasa 30/11/2010 nanti.
  • Pihak KRJ sangat berbesar hati dengan kepercayaan yang diberikan oleh pihak ibu bapa/ penjaga di dalam perkara ini.

No comments:

Post a Comment