Wednesday, March 2, 2011

XCELL 2011 (untuk 12 peserta PRODUCE gen 5)

Ibu bapa/ Penjaga
Peserta XCELL 2011
Daerah Hulu Langat & Kajang
Tarikh: 24 Februari 2011

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Tuan/ Puan,

PROGRAM XCELL 2011

Tahniah dan penghargaan diucapkan kepada tuan/ puan kerana anak tuan/ puan terpilih untuk menyertai kontijen daerah Hulu Langat dan Kajang dalam program kepimpinan remaja nasional; XCELL 2011.

Program ini adalah program keempat daripada enam siri latihan projek PRODUCE (Projek Dua Tahun Remaja Cemerlang) yang telah disertai oleh anak tuan/ puan mulai November 2009 melalui program XREK 2009, LEADERS 2010 dan XPERT 2010.

Berikut adalah butir-butir penting berkaitan program XCELL 2011:
Tarikh : 13 hingga 15 Mac 2011 (Ahad hingga Selasa)
*Peserta dijangka bertolak pada 12 Mac 2011 (malam)
Tempat : Negeri Pulau Pinang
Peserta : Peserta PRODUCE Gen 5

Pihak tuan/ puan diminta mengesahkan kehadiran anak tuan/ puan selewat-lewatnya pada 3 Mac 2011 kepada penyelaras kontijen Daerah Hulu Langat & Kajang; Nadhirah Azizi 019 385 2504. Maklumat lanjut berkenaan pengiring, senarai keperluan penting, pembayaran yuran serta pengangkutan akan menyusul dalam masa terdekat kepada para peserta yang mengesahkan kehadiran sahaja.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada penyelaras kontijen Daerah Hulu Langat & Kajang; Nadhirah Azizi 019 385 2504 atau Ahmad Fadhli Mohd Faudzi 019 264 8637. Segala kerjasama daripada pihak tuan/puan kami dahului dengan ucapan Jazaakumullahu khairan katheera.



NADHIRAH AZIZI
Penyelaras Kontijen Daerah Hulu Langat & Kajang
XCELL 2011

No comments:

Post a Comment