Friday, June 11, 2010

MAKLUMAN ~PROGRAM LEADERS

Kepada:

Ibu bapa/ Penjaga

Peserta LEADERS

Daerah Hulu Langat 10 Jun 2010


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

MAKLUMAT LANJUT BERHUBUNG PENGANGKUTAN, YURAN DAN PENGIRING LEADERS 2010


1. PENGANGKUTAN PERGI

  • Pengangkutan pergi ke destinasi LEADERS adalah dengan menaiki bas Ekspres Mutiara, di Hentian Kajang, 13 Jun 2010 (Ahad).
  • Para peserta diminta berhimpun di hadapan pasaraya MU pada jam 8 malam.
  • Para peserta juga dinasihatkan telah makan malam sebelum bertolak.
  • Tiket bas akan diberikan oleh akh Fadhli di sana.
  • Tiket bas untuk perjalanan pergi berharga RM41.30. Bayaran tiket boleh dibuat kepada akh Fadhli.
  • Bas dijangka tiba di Dungun pada jam 5.30 pagi. AJK Pengangkutan LEADERS akan membawa para peserta ke D’ Teratai Resort, Rantau Abang.

2. BAYARAN YURAN LEADERS

· Yuran LEADERS bagi peserta dan pengiring telah diberikan kepada penyelaras kontijen Selangor. Bayaran akan dibuat kepada Jawatankuasa LEADERS oleh penyelaras kontijen Selangor.

· Oleh itu, kepada peserta yang belum membayar yuran kepada akh Fadhli, diminta membuat demikian sesegera mungkin kepada akh Fadhli.

3. PENGIRING

  • Pengiring untuk daerah Hulu Langat ialah Ukht Roslina Idayu bt. Ibrahim (013 300 6574)

4. PENGANGKUTAN BALIK

  • Pihak penyelaras telah berhubung dengan AJK Pengangkutan LEADERS. Tiket perjalanan pulang daripada Dungun ke Hentian Kajang akan dibelikan oleh AJK Pengangkutan LEADERS dan diberikan kepada pengiring di sana.
  • Semua peserta diminta menyediakan wang secukupnya sebanyak RM43.00 dan menyerahkannya kepada Ukht Roslina Idayu di Hentian Kajang.
  • Perjalanan pulang adalah pada 16 Jun 2010. Jangkaan masa ketibaan di Hentian Kajang akan dimaklumkan kepada para ibu bapa sesegera mungkin selepas tiket ditempah oleh pihak jawatankuasa LEADERS.

5. BARANGAN KEPERLUAN TAMBAHAN

  • Topi dan kasut
  • Barangan palestin untuk dipakai semasa Karnival Palestin (contoh baju, selendang, button badge)

Semoga para peserta beroleh manfaat daripada latihan kepemimpinan ini. Semoga hari-hari sebelum bertolak ke LEADERS dapat dimanfaatkan oleh para peserta untuk menyediakan diri dengan sebaiknya demi meraih manfaat yang optimum daripada pelaburan ini. Semoga usaha kecil kita ini diberkati Allah. Sekian, terima kasih.


AHMAD FADHLI MOHD FAUDZI

Penyelaras Kontijen Daerah Hulu Langat

LEADERS 2010

No comments:

Post a Comment